Dengan nama Allah. Anda mungkin menyedari nama blog ini seakan-akan meniru laman web yang agak kontroversi - Malaysiakini. Dari situ, kita boleh mendapatkan maklumat yang sama ada tidak dipaparkan secara umum, yang terselimut dalam rahsia atau ditapis untuk memanfaatkan seseorang. Oleh itu, blog ini adalah bertujuan untuk menggali kembali apa yang tersembunyi di SEMSAS. Apa yang dipaparkan di sini adalah dengan niat baik dan tulen, kerana kami mengambil berat tentang sekolah ini.
Di sini, kad nasib dibentangkan, percikan revolusi disimbah dengan bahan api KEMAHUAN. Ya, hanya orang-orang yang mahu untuk membaca, menganalisis, menerima dan bertindak akan mengubah nasib bukan untuk sekolah dan rakyat di dalamnya sahaja, tetapi untuk manfaat diri sendiri
.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan rakyat sehingga mereka mengubah keadaan diri
(Ar Ra'ad, ayat 11)
Ia bukan tentang orang lain. Ia adalah tentang diri kita. KITA mesti BERUBAH, dan lihatlah keajaiban (baca: kehendak Allah) bekerja. Sehingga itu, wassalam.

No comments:
Post a Comment